MSM Maju Resources merupakan sebuah perniagaan makanan tempatan yang memberi tumpuan kepada penghasilan makanan ringan tradisional Malaysia. Perniagaan yang terletak di Pasar Jawa, Klang, Selangor ini dimiliki dan diuruskan oleh Puan Jamalizawati binti Md Shukur atau di kenali sebagai Cik Liza yang merupakan seorang usahawan kecil berusia dalam lingkungan 40-an. Syarikat ini telah beroperasi selama lebih 50 tahun dan pada asalnya menjalankan perniagaan barangan basah sebelum beralih kepada pengeluaran kerepek dan kuih raya. Antara produk yang ditawarkan ialah pelbagai jenis kerepek, kuih raya dan biskut yang dihasilkan menggunakan bahan-bahan terpilih bagi memastikan rasa yang segar dan berkualiti.
Kami komited untuk mengekalkan keaslian rasa makanan tradisional Malaysia yang telah menjadi kegemaran masyarakat sejak dahulu lagi. Pada masa yang sama, kami sentiasa memastikan setiap produk dihasilkan mengikut standard kebersihan, kualiti dan konsistensi yang tinggi bagi memenuhi jangkaan pelanggan masa kini.
Di MSM Maju Resources, kami percaya bahawa makanan yang berkualiti bukan sahaja perlu enak dinikmati, malah mampu memberikan kepuasan kepada pelanggan. Oleh itu, kami sentiasa berusaha menambah baik produk serta perkhidmatan kami agar terus berkembang sebagai sebuah jenama tempatan yang dipercayai.